Ahad, 8 Ogos 2010

Alhamdulillah

Saya berasa teruja kerana mendapat tepat pertama. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya, Cikgu Zuraidah dan Cikgu Wan Alfida, dan ibubapa kerana banyak memberi bimbingan. Saya juga berterima kasih kepada penaja dan penganjur atas komputer riba, buku-buku cerita dan piala yang saya menangi.


Jumaat, 6 Ogos 2010

Siapakah Wira Saya?

Dalam modular sastera, cikgu berbincang bersama kami mengenai Bab 4 - 'Siapa hero pondok buruk?'. Kami berbincang mengenai watak hero dalam bab itu.

Cikgu kemudian menanya kami siapakah 'hero' kami. Kawan-kawan saya ada yang kata 'Superman', 'Iron Man' dan 'Spiderman'. Saya pula pilih 'Ip Man'. Selepas berbincang mengenai ciri-ciri seorang hero, kami bersetuju bahawa 'hero' atau wira tidak perlu mereka yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh terbang, mengangkat benda-benda yang sangat berat ataupun hebat berdebat dengan musuh.

Hero perlu berani dan mempunyai sikap positif. Mereka tidak akan putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Maka itu saya telah memikir dan memilih kembali hero saya.

Saya minat pada ilmu Sains. Suatu hari nanti, saya mahu menjadi seorang saintis.

Google Images

Wira pilihan saya ialah Thomas Edison seorang saintis yang terkemuka. Saya mahu menjadi saintis yang dapat menyumbang kepada dunia seperti Thomas Edison. Mungkin satu hari nanti, saya juga akan menjadi wira di mata orang lain.

Siapakah pula wira awak?