Dalam modular sastera, cikgu berbincang bersama kami mengenai Bab 4 - 'Siapa hero pondok buruk?'. Kami berbincang mengenai watak hero dalam bab itu.
Cikgu kemudian menanya kami siapakah 'hero' kami. Kawan-kawan saya ada yang kata 'Superman', 'Iron Man' dan 'Spiderman'. Saya pula pilih 'Ip Man'. Selepas berbincang mengenai ciri-ciri seorang hero, kami bersetuju bahawa 'hero' atau wira tidak perlu mereka yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh terbang, mengangkat benda-benda yang sangat berat ataupun hebat berdebat dengan musuh.
Hero perlu berani dan mempunyai sikap positif. Mereka tidak akan putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.
Maka itu saya telah memikir dan memilih kembali hero saya.
Saya minat pada ilmu Sains. Suatu hari nanti, saya mahu menjadi seorang saintis.
Google Images
Wira pilihan saya ialah Thomas Edison seorang saintis yang terkemuka. Saya mahu menjadi saintis yang dapat menyumbang kepada dunia seperti Thomas Edison. Mungkin satu hari nanti, saya juga akan menjadi wira di mata orang lain.
Siapakah pula wira awak?
Wah, sungguh mengkagumkan blog kamu? Kamu sungguh berbakat, insyaallah satu hari nanti kamu akan menjadi seorang Saintis yang kamu cita-citakan. Belajar rajin-rajin dan jangan lupa berdoa pada Allah. Mami Fajar ingin sumbangkan beberapa pantun pusaka untuk menambah simpanan kamu.
BalasPadamPulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Yang merah itu saga,
Yang lorek itu kendi.
Yang indah itu bahasa,
Yang baik itu budi.
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti.
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Assallamualaikum Faatih! Mami Bah ingin mengucapkan Tahniah kepada Faatih atas Coretan yang Cemerlang sekali! Mami Bah amat berbangga dengan pencapaian ini dan tidak sabar rasanya menunggu berita malam ini! haha..Tahniah sekali lagi!!! Muakz! :)
BalasPadamAssalamualaikum, blog yang sungguh mengkagumkan. Contoh baik untuk adik2 yang lain. Selamat maju jaya!!!
BalasPadamAssalaumualaikum Faatih! Tahniah atas kemenagan Coretan Cemerlang! Amat mengkagumkan sekali. Inilah contoh yang terbaik bagaimana kita dapat mengembangkan ilmu yang bermanfaat dengan menggunakan kuasa Web 2.0 and rangkaian media sosial. Semoga ramai adik-adik lain akan mengambil contoh untuk belajar bersama-sama di ruangan Web. Ini adalah titik permulaan kejayaaanmu. Tahniah kepada Faatih sekalai lagi!
BalasPadamUncle Rudie
The Last MalayMath Bender
Saya berterima kasih kepada kalian atas ucapan tahniah kalian dan saya akan teruskan blogging, insya'Allah.
BalasPadam