Isnin, 5 Julai 2010

Pengenalan


Selamat datang ke coretan saya. Nama saya Alfaatih.
Saya berumur 9 tahun dan bersekolah di
Sekolah Rendah Beacon.


Aktiviti-aktiviti kegemaran saya pada masa lapang ialah membaca, menonton televisyen, bermain permainan komputer, berbasikal, menangkap serangga, bermain
badminton dan bermain sepatu roda.


Saya suka Bahasa Melayu kerana bahasa ini menarik. Saya dapat belajar membuat pantun, bersyair dan macam-macam lagi.


Pantun ialah cara yang menarik untuk berkommunikasi kerana ianya berirama dan lunak didengar.


Ikutilah coretan saya di blog ini.

2 ulasan:

  1. Alfaatih, memang pantun dapat mengindahkan lagi ucapan-ucapan kita terutama pada majlis rasmi. Berikan satu contoh pantun dalam ucapan.

    BalasPadam
  2. Saya karang pantun ini

    Kawan-kawan bermain ting-ting,
    Bersorak,berlari,bersuka ria,
    Bahasa Melayu sangat penting,
    Tidak digunakkan, pupuslah ia.

    BalasPadam